Thursday, April 21, 2011

LAGU INDAH

aku duduk di taman pagi ini
terlihat atas matahari cerah
terkenang dan rindu sekali dihati
pacaran ku yang cantik bergelar indah
senyum sayang bila di tatap wajahnya
buat ku rasa bangga dan megah
kerana aku bernasib baik rasanya
kerana aku milik indah
tidak berhujan dan murung lagi
hatiku ringan dan sudah tak perlu di papah
kerana aku ibarat diselamat dari mati
selamat di dalam pangkuan indah

BUATKAH CINTA

berapa lamakah lagi
terpaksa aku menanti
sehingga teguhnya
pendirian di hati
bukan hanya kepentingan
malahan keegoan
telah ku korbankan
berlimpahan kasih sayang
aku curahkan
buatmu seorang
kiranya semua itu
tak memadai bagi mu
apa sebenarnya yang kau mahu
ku tak tahu
kau hilang bila ku tiba
kau datang bila ku kecewa
terasa diri di persenda
di mana berakhirnya nanti
permainan sandiwara ini
sesunnguhnya aku
tak mengerti
jika benar cinta itu buta
butakah mata ku
berkali terluka masih jua
ku menunggu
apa yang kuinginkan
cuma kejujuran
dalam perhubungan

KEHADIRANMU

hadirmu di dalam mimpi ku
bersama cahaya indah
kaulah gadis yang ku sayang dengan sepenuh jiwa..
tiada harta dapat ku beri untuk dirimu
hanya cinta yang masih ada bersamaku
kasihku hanya untukmu
lembutnya suara mu
tapi kini tiada
mimipi-mimpi yang indah

SETIA

jujurlah padaku
bilakau tak lagi cinta
tinggalkan lah aku
bila kau tak lagi suka
kau gadisku yang cantik
cuba kau lihat padanya
sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cinta mu
hanya satu
hanya kamu
di hatiku

LAMBAT LAYU

lihat lah awan bergerak laju
lihatlah matahari tenggelam timbul
masa tak menunggu
pastikan semua bergerak laju
janganlah tunggu-tunggu
lambat layu
masa tak menunggu
lambat layu

SENJA

Di laut. Ada cermin di muka air berwarna
usia berlalu di bawah neraca. Tua
Bulan mengambang sedang wajah di kamar. Mengalir
seribu kepala menghitung rancangan beracun
ombak menempa di pantai. Dan hatinya di pasir
terbenam sebilah belati di dada berdarahlah setahun.
Di bumi. Tinggal petualang di pintu cinta buta
hidup berhias rasa manusia bersama.

SEBUAH EPILOG

Kutitipi puisi ini
anyaman kata-kata dan perasaan
tentang signkatnya pertemuan
di gedung ilmu
segalanya pun berlalu
di lembaran-lembaran waktu
menjadi kenangan
tak terlupakan

Kita sering mencari makna
pada setiap senyum yang terlukis
namun tak siapa pun
pernah tahu dan menduga
tentang tafsiran keindahan
bak bunga yang ungu
mekar harum diusap pawana
menjadi hiasan di kepala
pada rambut panjangnya menyentuh bahu

“Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan”

Kerana di hadapan kita
adalah laut biru bergelombang
luas tak bertepi tak terperi
gelora membadai dan mencabar
kekukuhan iman dan keyakinan
bakal menjadikan pelabuhan

KAIN BURUK MAK

Kain buruk ayah kalau tiada segala buat menjadi payah jangan sekali-kali diserah nanti hati ayah jadi parah

Ke danau buat basahan
kalau di kepala jadi lilitan
berteleku di surau menyembah Tuhan
dingin malam menyelimuti badan

Jangan diserah kain buruk mak itu
biar rabak, putus benang beribu
biar renyuk, kedut berdebu
tiada sehari hati mak jadi sebu

Kain buruk makku
kusam dan masam berbau
hari-hari dibasuh sendiri
kasih mereka menjadi jitu

Kain buruk emak kini tiada
sejak ayah pergi jauh
kurang sejengkal masih tinggal di beranda
kekal di situ menjadi tanda